“Saya Hanya Penyanyi Biasa Yang Masih Belajar” Dayang Nurfaizah Akui Belum Layak Digellar Diva

BIARPUN sudah lebih 20 tahun mencipta nama dalam industri seni dan memenangi anugerah vokal terbaik namun penyanyi Dayang Nurfaizah tidak meletakkan dirinya sebagai seorang ‘diva’.

Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 38, berkata dia masih perlu belajar dan mencari jalan untuk sentiasa kekal relevan dalam industri seni.

Baginya, jika meletakkan diri dalam zon selesa, ia akan membuatkan peminat jemu dengan perjalanan seninya.

Dayang tidak mahu meletakkan dirinya di tahap selesa.

“Saya tak pernah nak letakkan diri ‘level’ mana-mana atau rasa diri seorang diva. Saya masih seorang penyanyi yang banyak benda lagi perlu belajar.

“Kena cari lagi dan belajar tentang diri saya sendiri, apa yang saya tonjolkan lagi kepada peminat. Kalau saya fikir dan letak diri di tahap yang selesa, maknanya dah tak ada cabaran untuk saya.

“Saya sentiasa kena belajar sebab nak kekal dalam industri itu yang paling sukar. Nak sentiasa relevan, bila peminat dengar lagu kita mereka tak jemu,” katanya kepada mStar.

Sebenarnya saya tak tahu pun mengenai berapa jumlah tiket yang sudah dijual dan tak nak tahu pun sebab benda itu boleh memberi tekanan pada saya.

DAYANG NURFAIZAH

Penyanyi

Penyanyi lagu Sebentar ini antara salah seorang selebriti yang sentiasa merendah diri walaupun sememangnya layak digelar seorang diva.

Dalam pada itu, Dayang mengakui dia enggan mengambil tahu mengenai penjualan tiket untuk Konsert 20 Tahun Dayang Nurfaizah di Singapura pada Disember depan.

Menurut Dayang, dia hanya mengharapkan peminat membeli tiket dengan awal kerana bimbang jika mereka tidak dapat menyaksikan persembahannya.

“Sebenarnya saya tak tahu pun mengenai berapa jumlah tiket yang sudah dijual dan tak nak tahu pun sebab benda itu boleh memberi tekanan pada saya.

Dayang sedang membuat persiapan untuk konsertnya di Singapura pada Disember depan.

“Lagipun, masa panjang lagi memandangkan konsert saya itu akan diadakan pada Disember depan. Tapi saya harap sangat peminat dapat beli dengan cepat.

“Takut nanti nak beli saat akhir, tiket habis, mengadu tak sempat nak beli dan tak dapat nak tengok persembahan saya,” ujarnya.

Penjualan tiket untuk konsert yang akan diadakan pada 28 Disember itu sudah mula dijual sejak Ogos yang lalu.

Sebelum ini, Dayang berjaya memukau peminatnya menerusi konsert terbitan Shiraz Projects itu yang diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 21 Julai lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.