“Bersesak Di Jom Heboh,” Anak Meravng Rantai Emas Kena Rentapp

Kes kecurian dan ragut bukanlah sesuatu yang asing berlaku di kawasan ramai orang. Jenayah tersebut biasanya tidak disedari kerana berlaku dalam keadaan cepat serta mangsa sedang leka dengan persekitaran.

Anak tiba-tiba menangis

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Siti Haryani Azmi, dia telah menceritakan pengalaman yang dihadapi keluarga mereka apabila anaknya diragut semasa menghadiri Jom Heboh di Batu Kawan, Pulau Pinang tempoh hari.

Menurut Siti Haryani, dia pada mulanya tidak menyedari kejadian tersebut sehinggakan anak perempuannya menangis dan memberitahu ada seseorang yang mengambil rantai emas yang dipakainya.

Nampak kesan merah dekat leher

Tambah wanita itu lagi, walaupun dia tidak dapat mengenalpasti siapa yang mengambil rantai tersebut kerana berada dalam keadaan yang sangat bersesak, dia bersyukur anaknya tidak mengalami kecederaan serius.

Namun begitu, terdapat kesan merah di leher kanak-kanak tersebut berpunca daripada rentapan rantai emas di lehernya.

Tergamak buat macam tu dekat budak kecil

Sehubungan dengan itu,  Siti Haryani atau selesa disapa Cikni telah mengakui kesilapannya kerana memakaikan anak kecil barang kemas di tempat-tempat awam walaupun hakikatnya kanak-kanak itu setiasa memakai aksesori perempuan tersebut tidak kira masa.

Dia juga menzahirkan rasa kesal dengan perlakuan peragut yang langsung tidak berasa kasihan terhadap kanak-kanak kecil dan berharap perbuatan buruk itu mendapat balasan daripada Allah S.W.T.

Beringatlah wahai penyamun…

Oleh hal yang demikian, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan Facebook Siti Haryani. Ada sebahagian daripada mereka menasihatkan agar sesiapa sahaja tidak menggalakkan anak kecil untuk memakai barang kemas apabila keluar.

Dekat dunia bolehlah terlepas

Jangan galakkan anak pakai barang kemas

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Siti Haryani Azmi

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.