“Bila Saya Berlatih Menyanyi, Saya Dengar Ada Suara Menyahut…” Fieya Julia Dedah Terkena Ganggvan Ketika Di Big Stage 2019

Penyanyi Fieya Julia mendedahkan dia mengalami gangguan misteri ketika berada dalam Big Stage 2019.

Menurut Fieya hampir setiap minggu dia alami ‘gangguan’ dan jatuh sakit sehingga menyebabkan persembahannya terjejas.

“Saya akui saya sering sakit seperti demam dan sakit tekak hampir setiap minggu di Big Stage.

“Namun itu mungkin kerana saya tidak cukup rehat dengan jadual dan latihan yang padat.

“Bagaimanapun saya pernah diganggu juga ketika berlatih menyanyi, tiba-tiba saya dengar ada suara lain menyahut. Saya pun terkejut,” katanya.

Fieya ditemui selepas Konsert Separuh Akhir Big Stage 2019 yang menyaksikannya dan Kucaimars tersingkir.

Bagaimanapun, Fieya berdoa agar dijauhkan dari perkara-perkara syirik.

“Saya tak pasti gangguan apakah itu. Cuma saya mintak dijauhkan dari perkara-perkara syirik kerana saya tak percaya dengan semua benda ini.

“Saya ni seorang yang lemah semangat, jadi apa yang berlaku itu mungkin perasaan saya sahaja. Sebab bila ada sahaja mengganggu saya terus ‘tegur’,” katanya lagi.

Lima finalis yang akan berentap di Pentas Akhir Big Stage 2019 adalah Neeta, Han Byul, Irfan Haris, Adzrin dan Dinda Permata.

Big Stage 2019 minggu ini menampilkan Tam Spider sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.