“Saya Memang Terkejut Apatah Lagi..” Isu Dicivm, Ini Resp0n MK K-Clique

Penyanyi rap, MK K-Clique sudah memaafkan sekumpulan wanita yang bertindak keterlaluan termasuk mencivmnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab malam di Singapura pada 27 September lalu.

Menurut laporan Harian Metro, MK, 23, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, perkara itu diharap menjadi pengajaran buat semua pihak.

“Sebenarnya, perkara ini tak besar. Ia hanya kesilapan dan mereka sudah belajar. Malah, individu yang melakukan aksi itu sudah minta maaf menerusi pengurus dan pasukan saya.

“Secara peribadi, saya maafkan mereka dan biar ia menjadi pengajaran. Bukan sahaja untuk mereka tetapi untuk saya juga, orang ramai dan semua.

“Cuma, ia jadi besar pun disebabkan netizen. Kita pun tahu macam mana netizen buat kerja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut MK, insiden itu pertama kali berlaku dan dia terkejut dengan aksi peminat. Malah, MK tidak menganggap tindakan individu berkenaan keterlaluan.

“Saya memang terkejut apatah lagi ia kali pertama terjadi. Saya tidak menganggap mereka ‘over’.

“Cuma macam dikatakan, harap ia menjadi pengajaran buat semua. Saya sebenarnya lebih suka peminat gembira tetapi tidak menjangka sampai tahap itu,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi sembilan saat tular di Internet yang memaparkan peminat wanita memeluk, memegang dan mencivm MK.

Dalam video itu, kelihatan MK tidak selesa dengan aksi yang dianggap keterlaluan oleh pengguna laman sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.