“Saya Tak Tolak Jika Jodoh Kami Masih Panjang” Bella Astillah

Sering membuat sesi Live IG bersama Aliff Aziz, ramai yang kurang senang dengan tindakan Bella Astillah itu. Malah ada yang mendakwa Bella seakan memperbodohkan diri kerana masih memberi peluang kepada bekas suaminya itu.

Bagaimanapun, Bella berkata jika ada yang tidak selesa melihat gandingan mereka, tidak perlu tengok. Katanya lagi, dengan keadaan Aliff yang bermasalah, dia hanya membantu untuk memberikan sokongan.

“Jika ada yang tidak selesa atau kurang senang dengan Live saya bersama Aliff di Instagram, anda boleh sahaja meninggalkan Live itu.

“Saya tidak mahu membenci Aliff kerana memang sedia maklum dengan keadaan dirinya yang bermasalah. Aliff kini tinggal di Singapura bersama keluarganya. Saya pula mahu bantu dia dengan beri sokongan moral,” katanya kepada Kosmo!

Dalam pada itu, Bella hanya menyerahkan soal jodoh yang ditetapkan Allah untuk dirinya. Bella berkata dia tidak menolak seandainya jodoh mereka masih panjang, namun jika sebaliknya mereka tetap akan berkawan baik.

“Sebagai manusia, kita tidak boleh tetapkan apa-apa tentang jodoh. Sebagai umat Islam saya hanya menyerahkan soal jodoh kepada takdir yang telah ditetapkan Allah untuk saya.

“Setiap manusia ada takdir masing-masing, oleh itu saya reda dengan semua yang telah dan akan berlaku selepas ini. Jika ditakdirkan jodoh kami masih panjang, saya tidak menolak. Jika sebaliknya, kami tetap akan berkawan demi Ayden,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.