“Kulit Wajah Saya R0sak, Naik Penuh Dengan Biji-Biji” Izara Aishah

Bergelar selebriti sudah tentu perlu menjaga penampilan dan perlu memakai mekap setiap kali muncul di kaca televisyen. Izara Aishah mendedahkan kulit wajahnya rosak akibat menggunakan mekap terlalu lama ketika penggambaran.

Menurut Izara, penggambaran tanpa henti membuatkan kulitnya bermasalah dan doktor menasihatkan supaya berehat daripada menjalani penggambaran serta mengenakan solekan dalam masa yang panjang.

“Sebenarnya saya menjalani penggambaran tanpa henti dari drama bersiri Jodoh-Jodoh Annisa yang mengambil masa setahun kemudian terus ke set Ombak Rindu.

“Oleh sebab itu, kulit wajah saya rosak kerana solekan yang saya gunakan sepanjang penggambaran itu terlalu lama hingga ia difahamkan telah meresap ke dalam kulit. Jadi selepas berjumpa dengan doktor pakar kulit, dia nasihatkan untuk saya berehat seketika,” katanya kepada HLive.

Kata Izara lagi, kulitnya menjadi lebih teruk selepas menjalani penggambaran di persekitaran yang tidak bersih dan berhabuk sehingga wajahnya penuh dengan biji-biji.

“Semasa menjalani penggambaran Jodoh-Jodoh Annisa kulit saya menjadi teruk lebih-lebih lagi apabila terpaksa shooting di sebuah kilang yang penuh dengan habuk.

“Selepas itu, di set Ombak Rindu pula saya perlu menyelam di dalam sungai dan tidak lama selepas itu kulit muka saya naik penuh dengan biji-biji,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.