“Masih Single,” Agnez Monica Bimbang Tak Mampu Bahagi Masa Cinta Dan Kerjaya

PENYANYI Indonesia Agnez Monica tidak berasa yakin dengan dirinya untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

Menurut Agnez, dia bimbang tidak mampu untuk memberi komitmen sepenuhnya pada hubungan cinta dan karier seni dalam masa yang sama.

“Bila saya menjalinkan hubungan dengan seseorang, sudah tentu saya mahu serius dengan hubungan itu.

“Tapi saya perlu fikir betul-betul, adakah saya mampu atau tidak? Sebab kalau boleh saya nak berikan seratus peratus pada hubungan itu.

Agnez Monica

“Dalam pada masa yang sama, saya perlu fokus juga pada karier. Takut saya tak mampu nak berikan komitmen terhadap dua perkara,” katanya.

Dalam pada itu, Agnez juga memberitahu dia tidak mahu terburu-buru dalam pemilihan pasangan hidupnya.

“Saya tidak mahu bersama pasangan yang salah. Saya selalu terfikir, adakah pasangan saya itu tahu untuk menjaga hubungan kami?

“Adakah pasangan saya itu sesuai dan berbaloi dengan usaha yang saya lakukan pada dia,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.