“Rapper Terkenal Tunai Hasrat Pesakit Knser Cilik Untuk Berjumpa” Dipuji Peminat

Rapper yang kian meningkat naik iaitu Muhammad Hairi Amin atau lebih dikenali sebagai MK K-Clique dilihat telah berjaya mencuri perhatian netizen terutamanya netizen perempuan sejak kebelakangan ini.

Berwajah ‘bad boy’  dan berpenampilan santai, MK telah membuatkan ramai peminatnya jatuh hati walaupun baru sahaja muncul dalam industri muzik maintream. 

Mimpi jadi realiti

Baru-baru ini, MK sekali lagi telah tular apabila merealisasikan impian seorang kanak-kanak penghidap kanser neuroblastoma tahap empat untuk bertemu dengannya.

MK secara kebetulan telah datang ke Johor Bahru untuk mengadakan persembahan telah berpeluang menziarahi adik Putra Raykarl Mikail di hospital.

“Terima kasih MK”

Menerusi Instagram ibu kepada adik Putra Raykarl, dia cukup berterima kasih kepada rapper itu kerana sudi menziarahi anaknya yang begitu meminati artis lelaki tersebut.

Ada masa 6 bulan lagi

MK juga sempat memuat naik gambarnya bertemu dengan kanak-kanak itu di Twitter dengan kapsyen yang agak menyentuh hati kerana menyatakan tempoh hayat nyawa yang dijangka doktor terhadap adik Putra Raykarl.

Jenguk kanak-kanak lain di hospital

Disamping itu, MK turut berpeluang untuk berjumpa dengan kanak-kanak senasib dengan adik Putra di wad kanak-kanak. Kelihatan mereka begitu teruja mengambil gambar bersama rapper muda tersebut.

Salute you bro!

Keluhuran hati MK K-Clique telah mendapat pujian daripada para peminatnya yang rata-rata meninggalkan komen di ruangan posting MK di Twitter.

Mereka turut mendoakan agar kesihatan adik Putra Raykarl kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.

Semoga diberi kesembuhan olehNYa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: HairiWhuuTriena_makeupjohor

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.