“Lupakan iPhone 11…Jangan Masam Muka Lagi” Chazy Nash Hadiahkan Kereta BMW Untuk Isteri

Selebriti media sosial, Chazy Nash telah menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW untuk isterinya, Fatin Morat.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum. Menurut Nash, kereta itu dihadiahkan sebagai tanda penghargaan buat isteri kesayangannya itu.

“Rewards untuk isteri tercinta sebab tak mengeluh dengan kerenah saya, semoga awak menjadi isteri dan ibu yang baik.

“Lupakan iPhone 11 dan saya nak beli Ysuku jangan bermasam muka lagi k, i love you so much @fatinmorat,” tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Nash meninggalkan respon positif dan turut gembira melihat perkara tersebut.

Tahun lalu, Nash merupakan salah seorang selebriti media sosial yang menyertai cabaran PASKAL24JAM dimana peserta harus mengikuti latihan sebenar di kem Pasukan Khas Laut (PASKAL) selama 24 jam bersama KD Panglima Hitam.

Antara selebriti lain yang turut menyertai cabaran itu adalah Idris Khan, Sean Lee, Joshua Benedict, Daniel Fong, Alif Muhaimin dan Syafiq Ahmad.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @chazynash

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.