“Macam Kita Tak Buat Kerja Kita Pula” Ini Resp0n Akim Bila Dikatakan Tidak Didik Isteri

Susulan pakaian Stacy didakwa netizen terlalu seksi hingga ada yang menggelarkan penyanyi itu wanita akhir zaman, Akim Ahmad tampil membidas kecaman tersebut.

Sebagai suami, Akim terguris apabila dikatakan tidak pandai mendidik isteri hingga membenarkan penyanyi wanita itu berpakaian mencolok mata pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) baru-baru ini.

“Saya syukur sebab Stacy yang saya kenal dulu jauh berbeza daripada dia yang sekarang dan pakaiannya pun berbeza. Itu adalah progres positif daripadanya sendiri.

“Sebagai suami saya bangga dengan perubahan itu.

“Bagi yang baru kenal Stacy selepas masuk Islam, mereka boleh bercakap apa mahunya. Pada saya tiada apa-apa isu pun.

“Mula-mulanya saya agak sakit hati apabila tuduh saya tak didik isteri. Macam kita tak buat kerja kita pula.

“Saya seorang muslim dan tahu apa yang perlu buat. Terima kasih kepada mereka yang berkata-kata sedemikian dan harap mereka terus doakan yang baik-baik,” jelas Akim.

Namun, Akim terkilan apabila kebanyakan netizen tidak mengamalkan adab menegur sepatutnya seperti yang dilandaskan dalam Islam.

“Nak tegur bukan di hadapan khalayak ramai, apa salahnya kalau terus mesej saya nasihat yang baik-baik.

“Hakikatnya saya tak terima pun sebarang mesej daripada netizen yang lantang bersuara ini. Itu saya terkilan!

“Tahu agama tapi tak tahu adab!” kata Akim lagi.

Dalam pada itu, Akim tidak menyangka pakaian terbabit akan tular dan diperkatakan netizen usai Stacy membuat persembahan.

“Semua benda tutup sampai ke buku lali. Kain pun tebal, jadi tak patut ada apa-apa isu pun.

“Mungkin tarian Stacy yang agresif, tetapi saya sendiri tak tahu apa yang mereka (netizen) fikirkan sebenarnya,” tambahnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.