“Mesti Susah Nak Ng0rat Awek” Ingatkan Anak Murid Sebab ‘Baby Face’, Rupanya Cikgu Sekolah Umur 22 Tahun

Dek kerana wajahnya seperti kanak-kanak, ramai yang tertipu dan salah sangka dengannya. Ian Francis Manga, 23, merupakan seorang guru dekat San Jose Del Monte, Bulacan di Filipina.

Ian yang diberi jolokan ‘baby face’ semakin popular di media sosial kerana kelihatan sebaya seperti anak-anak muridnya, lapor Nextshark.

Malah, ramai ibu bapa yang datang sekolah sering terkeliru dan menyangka Ian adalah salah seorang murid di sekolah tersebut.

Bagaimanapun, Ian tidak pernah mengambil hati dan bersikap profesional ketika berdepan dengan situasi sebegitu. Dia tahu perkara sebegitu akan berlaku kerana mukanya seperti kanak-kanak, apatah lagi dia mengajar di tadika dan sekolah rendah.

Menurut Ian, suatu ketika dulu dia pernah diserang penyakit yang menyebabkan tumbesarannya terbantut dan menjadi lebih rendah daripada rakan-rakan seusia dengannya.

Ada beranggapan saya masih bersekolah dan menjerit dengan memanggil ‘budak kecil’. Bila mengetahui saya seorang guru, mereka berasa malu dan kagum.”

Saya juga suka bermain dengan anak murid malah dianggap abang.”

Ian yang mengikut jejak langkah ibunya sebagai warga pendidik berjaya lulus dalam peperiksaan lesen guru (LET) pada Mei lepas dan selepas graduasi dia terus menjadi guru.

Ibu seorang pendidik dan saya mahu ikut jejak langkah ibu mendidik anak bangsa.”

Walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai rintangan, saya abaikan mereka malah membuktikan bahawa saya mampu lakukannya hingga berjaya.”

Rasa rasanya ada tak yang pernah cubit pipi dia sebab ingat dia budak budak?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.