“Belum Ada Kata Putus Berkaitan Dengan ‘Lamaran’ Caprice” Mira Filzah

PELAKON Mira Filzah mendedahkan dihubungi penyanyi rap, Caprice bagi tujuan penampilan istimewa dalam muzik video (MV) Baby Sayang.

Bagaimanapun, Mira, 26, berkata dia masih belum memberikan kata putus berhubung tawaran itu kerana kekangan masa dan terikat dengan jadual penggambaran.

“Sebelum Caprice muat naik foto Mira di Instagram miliknya itu, dia sudah hubungi Mira dan ada tawarkan Mira untuk muncul dalam MV tersebut.

“Kata Caprice, memandangkan Baby Sayang itu sudah ada bayangan Mira, jadi dia rasa lebih baik jika Mira turut ada dalam MV tersebut.

Caprice berjanji untuk membuat MV lagu Baby Sayang jika mencapai 200,000 ribu tanda suka.

“Buat masa ini, apa yang boleh Mira cakap, kami masih lagi dalam perbincangan sebab jadual Mira pun agak padat dengan penggambaran drama dan sebagainya. Insya-Allah… kalau ada rezeki,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Caprice berjanji kepada pengikutnya untuk menampilkan Mira Filzah dalam MV tersebut jika dia menerima lebih 200,000 ribu tanda suka.

BAGI MIRA KALAU VIRAL UNTUK BENDA BAIK, TAK ADA MASALAH, CUMA MACAM K3S SEBELUM NI, SAMPAI MEMBABITKAN HAIWAN, ITU TAK OKAY!

MIRA FILZAH

PELAKON

Sehingga kini hantaran (posting) tersebut telah menerima hampir 400,000 tanda suka, melebihi sasaran sejak ia dimuat naik pada 25 September lalu.

Dalam pada itu, Mira menyokong usaha Caprice mencipta lagu tersebut dan percaya pada kualiti yang akan dihasilkan kelak.

Caprice hubungi Mira bertanyakan kesudiannya untuk muncul dalam MV tersebut.

Malah, pelakon drama Adellea Sofea ini turut menyatakan rasa teruja untuk mendengarkan versi penuh lagu tersebut.

“Mira sendiri teruja nak dengar versi penuh lagu itu, tapi dalam masa sama segan pun ada juga… apa-apa pun Mira percaya hasil kerja Caprice pasti berkualiti.

“Sebenarnya bukan Caprice saja yang buat lagu dari perkataan Baby Sayang, sebelum ni pun ada yang buat mashup, ringtone, alarm dan sebagainya.

“Bagi Mira kalau viral untuk benda baik, tak ada masalah, cuma macam k3s sebelum ni, sampai membabitkan penyeksaan terhadap haiwan, itu tak okay!,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.