“Dia wanita baik dan berusaha jadi isteri yang setia” Raffi Ahmad ulas hal rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran

KHABAR angin kononnya rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan suami Engku Emran kini sedang goyah turut mendapat perhatian aktor popular Indonesia, Raffi Ahmad.

Menurut laporan Grid.ID, Raffi menyifatkan Bella seorang wanita yang memiliki peribadi yang baik dan setia.

“Iya… dia sangat baik, dia juga setia. Dia sanggup berkorban, berpindah ke Malaysia dan tinggal disana.

“Dia menerima apa adanya dengan segala kekurangan dan itulah dia, luar dan dalam berusaha menjadi wanita dan isteri yang baik,” katanya menerusi temubual program hiburan Insert Story pada Khamis.

Dalam pada itu, Raffi berpendapat bekas kekasihnya itu memiliki karakter yang sama dengan isterinya iaitu Nagita Slavina.

Katanya, kedua-dua wanita itu bijak menyembunyikan sebarang masalah membabitkan rumah tangga.

“Sebenarnya Nagita sama Bella itu sama, mereka jenis yang tak hebohkan masalah rumah tangga.

“Tahap kematangan mereka itu sama dan itu membuktikan mereka wanita yang baik,” ujarnya.

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan gosip kononnya hubungan rumah tangga Bella dan suami goyah kerana wujudnya orang ketiga.

Malah, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini pernah memberitahu tidak mahu lagi memuat naik foto bersama suami di laman sosial.

Ini berikutan dia bimbang jika suaminya itu menjadi sasaran wanita perampas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.