“Sudah ‘Screenshot’ Semuanya, Biar Undang-Undang Yang Buat Kerja,” Isteri Sufi Rashid, Nurulain

Isteri kepada penyanyi Sufi Rashid, Nurulain Md Yusof ada berkongsi beberapa paparan komen melampau netizen yang dilemparkan terhadapnya.

Malah, usahawan berkenaan juga bakal membuat laporan p0lis terhadap perkara itu.

Dipercayai, Ain telah menerima pelbagai komen keterlaluan dan hinaan selepas video dirinya bertindak meninggalkan pelamin ketika ibu Sufi, Irma Mahamud bersalaman dan berpelukan dengan anaknya tular di media sosial.

Perkara tersebut dikongsikan Ain menerusi Insta Stories awal semalam laporan itu dibuat bukan disebabkan dirinya berasa takut, tetapi tahap kesabaran sudah capai tahap maksimum.

“Contoh komen yang ibu bapa saya akan buat laporan polis. Bukan disebabkan saya takut, tetapi saya seorang manusia yang ada  tahap sabar,” tulis Ain menerusi salah satu paparan yang dikongsi.

Terdahulu, Sufi dan Nurulain selamat bernikah pada 21 September lalu di Pulse Grande Hotel Putrajaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram Nurulain

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.