“Video Pengembala Berjalan Bersama Kambing2 Sambil ‘Miming’ Lagu Hindustan” Curi Perhatian Ramai

Peminat-peminat hindustan apabila dengar sahaja lagu Hindustan pasti ramai yang akan mula feeling seperti berada dalam filem Bollywood dan tidak akan lepaskan peluang untuk ber’miming’.

Bukan sahaja orang Malaysia, malah baru-baru ini tular video seorang pengembala kambing di India di mana dia dilihat sedang membawa kambing-kambing berjalan sambil ber’lip sync’ dengan lagu hindustan bertajuk ‘Yeh Mausam Kaa Jaadu Hai Mitwa’.

Apa yang membuatkan ramai terhibur dengan rakamannya itu adalah ketepatan gerak bibirnya ketika sedang bermiming, lebih-lebih lagi pada bahagian suara ketawa yang dilakonkan dengan sempurna sehingga nampak seperti dia benar-benar sedang menyanyi.

Lebih menghiburkan, lirik lagu yang dinyanyikan itu bermaksud “saya membawa mereka bersama saya ke bandar” yang mana sangat sesuai dengan situasi lelaki itu yang sedang membawa kambing-kambingnya berjalan.

“Dia ketawa pada waktu yang tepat…”

“Pelakon yang lebih baik dari Salman…”

“Suci dan simple…”

“Bahagia je dia…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : twitter

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.