“Ayah Bawa Teksi, Mak Pula Kerja Pejabat” Nur Shahida Imbau Memori Bersama Ibu Bapa

Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan bekas penyanyi kumpulan Solehah, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengimbau kembali kenangan bersama kedua ibu dan bapanya.

Shahida berkongsi coretannya itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini. Menurut Shahida, dia tidak akan melupakan jasa kedua ibu bapa yang bersusah-payah membesarkannya.

“Ramai orang tanya mak ayah saya… Ni lah mak dan ayah saya, tak ada mereka tak adalah saya. Kalau tanya perangai saya ikut perangai siapa saya pun tak tahu campur-campurlah agaknya. Ada sikit ambil perangai ayah sikit ambil perangai mak.

“Dulu ayah saya bawa teksi membesarkan kami tujuh beradik, saya seorang perempuan. Biasa sebelum dia keluar bawa teksi pagi-pagi dia dah susun duit belanja sekolah atas TV ambil la sorang satu.

“Sekarang ni paling rajin telefon saya (hari-hari telefon tanya khabar) risau sungguh dia dengan saya, hari-hari saya cakap saya okay je jangan risau saya baik-baik sahaja.

“Mak saya pula kerja pejabat, pagi-pagi sebelum kerja dia akan masak dulu untuk anak-anak makan sampai la dia balik kerja nanti.

“Begitulah jadi mak ayah kan, sekarang masa saya pula jadi ibu jaga anak-anak. Bukan senang nak besarkan anak-anak zaman sekarang, macam-acam pengaruh.

“Semoga semua ibu bapa kita diberi kesihatan yang baik dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

Ramai orang tanya mak ayah saya…ni la mak dan ayah saya…x ada mereka x ada lah saya….kalau tanya perangai saya ikut perangai siapa saya pun x tahu campur2 lah agaknya…ada sikit ambil perangai ayah sikit ambik perangai mak…. . Dulu ayah saya bawa teksi membesarkan kami 7 beradik…….saya seorang perempuan…biasa sebelum dia keluar bawa teksi pagi2 dia dah susun duit belanja sekolah atas TV ambik la sorang satu…sekarang ni paling rajin telefon saya (hari2 telefon tanya khabar) risau sungguh dia dgn saya) hari2 saya cakap saya ok je jgn risau❤️…saya baik2 sahaja . Mak saya pula kerja pejabat…pagi2 sebelum kerja dia akan masak dulu untuk anak2 makan sampai la dia balik kerja nanti…….gitulah jadi mak ayah kan sekarang masa saya pula jadi ibu jaga anak2……bukan senang nak besarkan anak2 zaman sekarang….mcm2 pengaruh….. . Semoga semua ibu bapa kita diberi kesihatan yg baik dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat!!

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa Shahida.

“Semoga ibu dan bapa Datin dalam kebahagiaan dan keberkatan, bertuah Datin. Amin,” tulis @rosmawati_johari

“Amin… semoga kedua ibu bapa Datin @shahidadherbs diberi kesihatan yang baik, dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T selalu,” komen @norazmahzabri.

Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat Ameena Alifsha.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @shahidadherbs

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.