“Dulu Jual Mahal, Mesej Gadis Langsung Tak Dibalas.” Kini 13 Tahun Selepas Kahwin Setiap Hari Masih Tanya, “Ma Sayang Pa”

BERKAT kesabaran dan doa berpanjangan, akhirnya bersatu juga di jenjang pelamin.

Begitulah dapat disimpulkan kisah penyatuan pasangan ini yang mana perjalanannya cukup berliku, sebagaimana yang diceritakan empunya badan menerusi Twitter.

Bercerita lebih lanjut, Sayyidah Nafisah Mohd Idris, 29, berkata, kisah dengan suaminya, Mohamad Helmi Mohamad Yusoff, 30, bermula sekitar 13 tahun lalu sewaktu mereka masih bersekolah.

“Pada saya, orang kata jodoh tak ke mana. Kalau betul-betul suka, dah tak ada harapan pun mintalah dengan Allah. Dulu, saya tingkatan dua dan dia tingkatan tiga. Dia tunggu kat kantin sambil perhati gerak geri saya.

“Dari saya lalu situ, makan sampai habis dia asyik pandang saya tak toleh tempat lain. Malu saya rasa, tapi bila tanya, awak sayang saya tak, dia sombong gila.

Syida dan suaminya disatukan pada tahun 2010.

“Ada satu malam tu saya call, dia tak jawab. Mesej pun tak balas sampailah ada orang angkat. Perempuan yang angkat telefon. Lepas kejadian tu, saya masih sayang dia. Tiap-tiap hari mesej. Sekali pun dia tak pernah balas,” ujarnya yang mesra disapa Syida.

Tambahnya, mesej yang dihantar tanpa rasa jemu setiap hari itu bagaimanapun terhenti setelah dia berpindah ke Melaka sewaktu masuk ke tingkatan lima.

Sampailah suatu hari tu terbuka pintu hati untuk terima dia kembali. Kami akhirnya kahwin pada tahun 2010.

SYIDA

Namun, dia tidak lama kemudian menerima panggilan daripada lelaki itu yang memujuknya untuk kembali bersama.

“Satu hari, entah mana dia tahu saya pindah. Dia call minta maaf. Dia nak couple balik. Tapi saya tak nak sebab takut.

“Saya berhubung dengan Allah. Solat hajat, minta dekatkan dengan dia andai kami ada jodoh. Jauhkan andai tiada jodoh. Tapi selalunya saya doa semoga kami ada jodoh.

“Sampailah suatu hari tu terbuka pintu hati untuk terima dia kembali. Kami akhirnya kahwin pada tahun 24 Disember 2010,” jelasnya.

Jasmin dan suami mengusahakan perniagaan nasi lemak di Senawang.

Tambah Syida lagi, dia bersyukur apabila doa yang diminta akhirnya dimakbulkan dan mereka juga bahagia dengan dua cahaya mata berusia enam dan tiga tahun.

Malah, dia juga mengharapkan agar rumah tangganya dengan suami akan berkekalan ke akhir hayat.

“Sekarang, 13 tahun kemudian, ma sayang pa? Hari-hari dia tanya. Dari kahwin sampai anak dua.

Perkongsian Syida di laman Twitter miliknya.

“Dia kata, tak tahu kenapa selalu ingat kat saya. Walaupun masa tu dia ada awek lain.

“Bila tahu saya pindah Melaka dia jadi sedih. Mesej saya hantar hari-hari dia baca,” imbas Syida lagi.

Pasangan yang menetap di Senawang, Negeri Sembilan itu kini sama-sama mengusahakan perniagaan nasi lemak di Taman Jasmin Indah.

Kata Syida lagi, dia juga tidak menyangka perkongsian kisah dia dan suami di Twitter menerima lebih 7,500 perkongsian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.