Pastinya setiap kali pergi pusat beli belah, tentu anda akan nampak mesin anak patung. Untuk pengetahuan, mesin ini juga dikenali sebagai ‘claw machine’.
Mesin ini akan memberikan kita ganjaran pelbagai jenis anak patung jika berjaya menyepit dan membawanya ke lubang yang disediakan. Namun, tidak semua orang boleh mendapatkannya sehinggakan ada yang bermain banyak kali pun masih tetap tidak berjaya.
Namun siapa sangka, selebriti terkenal Syatilla Melvin berjaya mendapat banyak anak patung setelah bermain mesin tersebut.
Isteri kepada Shaheizy Sam ini berkongsikan satu rakaman video dilaman Instagram dan sehingga kini meraih hampir 300 ribu tontonan.
Dapat dilihat setiap kali dia bermain, pasti berjaya mendapatkan anak patung tersebut. Rata-ratanya terhibur dengan gelagat Syatilla sehingga ada yang minta diajar.
Reaksi netizen
Sam kongsi koleksi anak patung
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber : Instagram @samtilla
PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.