“Pembesar Suara Di Semua Surau Dan Masjid Tak Perlu Diperlahankan” TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan agar pembesar suara di semua surau dan masjid di negeri Johor tidak perlu diperlahankan.

Arahan tersebut dikeluarkan menerusi surat bertarikh 29 September lalu dan disahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) 3 Oktober lalu sebelum tular di laman media sosial.

Menerusi kandungan surat tersebut, Tunku Ismail berkata masjid di seluruh negeri terbabit bertujuan bagi melaksanakan program dakwah termasuk ceramah yang berperanan menyampaikan syiar Islam.

“Penggunaan pembesar suara digunakan untuk melaungkan azan sebagai memperingati umat Islam bahawa masuknya waktu solat di kawasan berhampiran.

“Penggunaan pembesar suara juga bagi menyampaikan tilawah al-Quran dan ceramah atau pengajian tertentu, maka tidak perlu diperlahankan.

“Peranan institusi masjid ini perlu dihormati dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat di negeri Johor tambahan agama Islam adalah agama rasmi di negeri Johor,” katanya.

Rata-rata netizen sebulat suara menyokong usaha Pemangku Raja Johor itu sekaligus bersyukur dapat mengukuhkan syiar Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Terdahulu, sekeping surat daripada penduduk di daerah Pontian tular di media sosial yang meminta supaya laungan azan daripada pembesar suara diperlahankan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Facebook

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.