“Stacy Minta Akim Belajar Masak Dan Nikmati Makanan Tradisional Sabah, Ambuyat” Lihat Resp0n Si Suami

Bak kata orang, apabila sudah berkahwin dengan seseorang, haruslah mencintai cara pemakanan tradisinya juga. Betul tak?

Begitulah situasi yang dilalui penyanyi, Akim Ahmad apabila dia perlu belajar cara menyediakan makanan tradisi orang Sabah iaitu ambuyat atau nantung.

Menerusi video Youtube Channel isterinya, Stacy Anam, pasangan ini sedang menyediakan makanan tradisi tersebut sambil berkongsi bahan-bahan yang diperlukan.

Video berdurasi 10 minit itu melihatkan Stacy sedang mengajar Akim cara penyediaan ambuyat. Sekali gus, menjadikan anak kelahiran Johor itu berselera menikmati keunikan makanan tradisi Sabah.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 15,000 tontonan selepas dimuat naik penyanyi lagu Kasanova ini beberapa jam lalu.

Malah, rata-rata peminat terhibur dengan kedua-dua pasangan ini.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 di Kota Kinabalu, Sabah. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Eshaal. Mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 7 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Youtube Channel Stacy Anam

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.