“Susah Untuk Saya Move On Sebenarnya” Bella Astillah Didekati Oleh Suami Orang

Bergelar status j4nda, Bella Astillah mendedahkan sejak kembali solo ramai jejaka termasuk suami orang mencuba nasib untuk memikat hatinya. Namun Bella mengakui dirinya sendiri masih belum move on sepenuhnya dengan kisah lama.

“Bila dah hidup solo ini, memang ada yang ingin mencuba. Saya banyak menerima e-mel dan mesej daripada orang tak dikenali. Cuma, saya susah nak ada pasangan kerana, saya anak sulung yang selesa memberi fokus pada adik-beradik dan keluarga”

“Jujur saya katakan memang susah nak ‘move on’ sebenarnya. Namun, saya cekalkan hati dan cuba bertindak dengan lebih positif. Saya buang segala perasaan sakit hati dan benci dalam diri. Malah, berusaha redakan hati supaya terus tenang”

Turut terpalit dengan kontroversi cinta, Bella tegas berpendirian sebagai pelakon, beliau perlu bijak dalam pergaulan di set pengambaran dan percaya jika tidak terlalu melayan perasaan itu maka tidak timbul cinta lokasi.

“Sebagai pelakon perlu bijak menjaga diri ketika di set penggambaran. Itu yang saya lakukan. Saya sangat berhati-hati dalam pergaulan. Apatah lagi, sebagai wanita kena tahu peranan dan jangan melayan,” jelasnya.

Tambah Bella, beliau lebih selesa andai hubungannya dengan bekas suami, Aliff Aziz berterusan demi anak. Biarpun ramai membantah Bella percaya jika jodoh tertulis buat mereka, beliau menerima dengan hati terbuka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.