“Derlta Knser 0tak Tahap 4,” Impian Kanak2 Lelaki Nak Jadi B0mba Terlaksana

Setiap insan pasti mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Sudah tentu ia mengharapkan agar keinginan itu tercapai walaupun sekali seumur hidup.

Namun begitu, perkara tersebut akan menjadi lebih hiba apabila impian itu datangnya dari seorang kanak-kanak yang menghldap kans3r 0tak.

Dapat kejutan dari pengarah bomba Pahang

Menerusi laporan daripada Berita Harian, adik Ahmad Danial bin Ahmad Suhairi, 7 tahun telah diberi kejutan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang yang menyantuni kanak-kanak tersebut dengan memakaikannya pakaian seragam bomba serta bergambar dengan anggota bomba yang lain.

Adik Danial yang bercita-cita untuk menjadi anggota bomba telah dibawa menaiki jentera jabatan bomba yang dipandu sendiri oleh Pengarah Bomba Pahang, Nor Hisham Mohammad.

Ada tum0r dalam 0tak

Menerusi sumber, bapa kepada kanak-kanak tersebut iaitu Ahmad Suhairi telah menjelaskan mengenai kondisi kesihatan anaknya yang tidak boleh bergerak lagi.

Menerutnya, pada Mac tahun ini, dia menyedari bahawa mata anak sulungnya itu agak juling. Pada awalnya dia hanya menyangkakan tiada apa-apa, namun hari demi hari kesihatan Danial semakin merosot dan disahkan terdapat tumor di otaknya.

Impian murni tercapai

Anak sulungnya itu juga telah terlantar di rumah sejak Mei lalu dan hanya bergantung kepada ubat- ubatan hospital sahaja.

Menurut Ahmad Suhairi lagi, sebelum anaknya berada dalam keadaan tidak berdaya, dia ada menyuarakan hasrat untuk menjadi anggota bomba kepada Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA)  dan tidak menyangka impian itu direalisasikan.

“Sebelum ini, dia pernah cakap cita-cita dia nak jadi anggota Bomba. Sebab itu hasratnya saya suarakan kepada PESONA.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Berita Harian

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.