“Saya Takut Hilang Peminat.” S0rok Isteri Lebih Setahun, Tajul Akui Sudah Berkahwin Dan Kini Hamiil 8 Bvlan

Sejak beberapa  minggu lepas, teka-teki mengenai status sebenar Tajul Ariff atau Tajul sering menjadi tanda tanya. Gambarnya bersama serang wanita yang sedang hamil telah tersebar dan mengundang spekulasi para peminatnya.

Dah lebih setahun kahwin

Akhirnya, Tajul telah pun mengakui bahawa dirinya sudah pun memegang status sebagai suami pada 10 Disember 2017 ketika dipuncak kerjayanya menerusi Mstar Online.

Gambar bersama seorang gadis yang tular sebelum ini ternyata memang isterinya yang sah dan kini sedang sarat hamil 8 bulan anak pertama mereka yang dijangka lahir sekitar November depan.

Takut hilang peminat

Pelantun lagu Sedalam Dalam Rindu ini juga mengakui bahawa enggan mendedahkan perkahwinannya kerana takut akan kehilangan sokongan peminat kerana dia masih lagi baru dalam industri. Dia juga menegaskan enggan mencampur adukkan kerjaya dengan kisah peribadinya.

“salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya tengah bina nama, jadi takut hilang peminat.”

“Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga diganggu dan tak nak netizen mula campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya seni saya.”

Tiada niat menipu peminat

Sehubungan dengan pendedahan itu juga, Tajul dan isterinya bernama Nurul Syamieza Eddie, 23 memohon agar peminat mendoakan hubungan mereka dan bayi yang bakal dilahirkan kelak. Dia juga memohon maaf atas tindakannya merahsiakan perkahwinan kepada semua.

“Saya berharap semua pihak dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya, isteri dan bayi yang bakal lahir. Saya mohon maaf kepada peminat, sejujurnya saya tiada niat untuk menipu anda semua.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Mstar Online

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.