“Alha Alfa Redha,” Kek Kahwin 5 Tingkat Mvsnah Jatuh Berderai Di Majlis Persandingan

Malam tadi berlangsungnya majlis persandingan usahawan kosmetik dan jurusolek Alha Alfa, yang disambut dengan penuh gilang gemilang bertempat di Dewan Mindef.

Namun, dalam kemeriahan menyambut hari bahagia sebenarnya ada kejadian pahit yang berlaku ketika majlis berlansung, apabila difahamkan kek kahwin lebih kurang lima tingkat jatuh berderai.

Takpe la rezeki takat tu jer

Kejadian itu dimaklumkan sendiri oleh usahawan kosmetik tersebut menerusi laman Facebooknya. Dapat diperhatikan, kek bertingka-tingkat yang dihiasi dengan salutan silver hilang keseimbangan kerana tertepis semasa fotografi.

Saya tak marah pun, kek boleh cari lain

Menurut Alha, dia sama sekali tidak marah dengan kejadian yang berlaku walaupun beberapa kali pihak yang membuat kek tersebut meminta maaf atas apa yang berlaku.

Memori yang tak akan dilupakan…

Sebaliknya, kejadian tersebut dijadikan sebagai memori yang tidak akan dilupakan berlaku di hari bersejarahnya bersama isteri dan para tetamu yang hadir.

Biarpun tanpa kek kahwin, namun majlis tetap berjalan lancar, dengan pasangan mempelai yang kelihatan seperti puteri dan putera raja busana yang cukup indah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : alha alfa

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.