Minat dan juga kesungguhan merupakan kunci utama untuk berjaya. Tidak kiralah sama ada kita merupakan insan normal ataupun kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).
Jika kita mempunyai tekad yang kuat, nescaya kejayaan akan diperoleh. Hal ini samalah seperti seorang pelajar berusia 17 tahun yang tergolong dalam kalangan cacat penglihatan sejak kecil yang mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam masa 4 tahun.
Hafal 30 juzuk dalam 4 tahun
Berkat keazaman dan usaha yang gigih, Adam Hussaini Mohd Rosli, 17 yang mengalami masalah penglihatan sejak lahir lagi telah berjaya menjadi antara 21 pelajar terbaik Syahadah sempena majlis Konvokesyen Himpunan Huffaz Permata al-Quran peringkat Nusantara di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.
15 jam membaca & mempelajari al-Quran sehari
Menerusi Berita Harian, pelajar Maahad Tahfiz dan Pengajian Islam Darul Hijrah Baling, Kedah ini memaklumkan bahawa akan memperuntukkan kira-kira 15 jam sehari untuk membaca al-Quran menggunakan Braille dan juga mempelajari bahasa Arab.
Adam yang juga anak kepada pasangan pendidik telah pun membuktikan bahawa walaupun mengalami masalah penglihatan sejak lahir lagi, namun dia beruntung kerana dikurniakan mata hati yang terang sehingga berjaya menjadi seorang hafiz.
Tahniah buat ibu dan bapa
Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen Facebook sumber, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan tahniah diatas pencapaian yang diperoleh oleh Adam.
Mereka juga sangat tersentuh melihat kesungguhan dan juga kemampuan Adam sehingga berjaya menjadi hafiz al-Quran walaupun tidak mempunyai daya penglihatan seperti individu normal.
Tiada alasan untuk berjaya
Aku yang celik pun tak mampu
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber : Berita Harian, Urus Setia Penerangan Darul Iman
PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.