“Padam Gambar Bersama Ibu Kerana Malv,” Pelajar Ini ‘Svnting’ Arwh Ke Dalam Foto Graduasi

Bagi sesetengah graduan, majlis konvokesyen tidak akan bermakna tanpa kehadiran ibu dan bapa di sisi untuk melihat kejayaan mereka setelah penat lelah usaha mendapatkan segulung ijazah demi membanggakan keluarga.

Namun tidak semua yang bernasib baik dapat didampingi ibu bapa yang telah banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat dalam gambar graduasi.

Bagi seorang pelajar bernama Fahmi, dia hanya dapat menyunting gambar ibunya kedalam gambar yang diambil ketika graduasi untuk membuat kenangan itu lebih bermakna.

 

View this post on Instagram

 

Tanpa mereka, aku “kosong” ❤️

A post shared by Meow (@fahminaqib_) on

Gambar yang dikongsi di Instagram itu mendapat banyak respon dari netizen yang bersimpati dengan kehilangannya selain turut mengucapkan tahniah kerana berjaya menempuhi kehidupan sebagai pelajar tanpa ibu di sisi.

Mengakui diri pemalu, pelajar jurusan teknologi Elektronik itu berkata sejak kecil dia tidak gemar bergambar dan akan memadam foto-foto di mana dirinya dianggap kelihatan buruk, termasuklah gambar yang diambil bersama arwah ibunya.

Pemuda 20 tahun itu berkata dia mula menyunting beberapa gambar untuk ‘bersama’ ibunya sejak ibunya meninggal dunia pada Mac tahun lepas setelah rasa terkilan tiada gambar terkini bersama arwah.

 

View this post on Instagram

 

🖤

A post shared by Meow (@fahminaqib_) on

 

View this post on Instagram

 

🖤

A post shared by Meow (@fahminaqib_) on

Walaupun hanya mampu untuk edit gambar, Fahmi berkata itu sudah cukup untuk mengubati rindunya dan membuat dia rasa tenang dengan perasaan seolah-olah ibunya benar-benar ada di sisi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : OMM

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.