“Percutian Mak Dan Adik.” Pemuda Bawa Ibu ‘Lepak’ Pulau Buat Netizen Tersenyum

Kasih ayah sepanjang masa, kasih ibu membawa ke syurga. Bidalan tersebut semestinya memberi seribu satu makna yang menjelaskan bahawa berbakti kepada orang tua sendiri merupakan satu tanggungjawab yang membawa kepada ganjaran pahala.

Jadi, tidak salah rasanya untuk kita menggembirakan hati mereka ketika sudah berkemampuan dan juga mempunyai kelapangan waktu.

Bagi pakej bercuti ketika mak tengah tidur

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pemuda dikenali sebagai Momas Hasif di Facebook, dia telah melakukan kejutan kepada ibu tercinta dengan memberikan pakej percutian bersamanya ke Pulau Tioman.

Layanan bak permaisuri

Pemuda itu juga telah memuat naik beberapa gambar perjalanannya menuju ke Pulau Tioman dan ketika mereka berdua di sana. Kelihatan ibu kepada pemuda tersebut begitu sporting bergambar bersama anak lelakinya dengan pelbagai gaya.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata tersentuh melihat keakraban pemuda itu dengan ibunya.

Gambar yang juga diambil seolah-olah pasangan kekasih telah mendapat pujian daripada warganet kerana pemuda itu begitu manja dengan insan yang teristimewanya.

Syurga tempat kamu

Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook Momas Hasif, warganet telah menurunkan komen di ruangan tersebut dengan mendoakan kesejahteraan ibu dan anak ini agar terus berbahagia hingga ke akhirnya.

Semoga Allah merahmati selalu dik

Alhamdulillah, anak mithali

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Momas Hasif

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.