“Stage Berat Sebelah” ‘B0dy Shaming’ Sherry Al-Hadad, Lawak Nabil Ahmad Dik0men Netizen

Lawak tentang bentuk fizikal seseorang ataupun ‘body shaming’ termasuk sebagai salah satu kategori buli. Memang tidak kelakar apabila seakan menghina bentuk fizikal orang lain apatah lagi di televisyen.

Sejarah berulang lagi apabila sekali lagi fizikal pengacara Sherry Al-Hadad dijadikan sebagai bahan lawak.

VIDEO:

Nabil Ahmad yang hadir di Big Stage untuk mempromosikan rancangan kendaliannya telah bergurau “Aku dapat complain stage berat sebelah” yang berunsurkan ‘body shaming’ terhadap Sherry.

“Nabil syok sendiri, cukuplah lawak ‘body shaming’. Tak kelakar”

Rata-rata netizen menganggap perbuatan Nabil itu agak biadab. Hentikanlah lawak ‘body shaming’ yang tidak kelakar dan hanya menjatuhkan maruah orang lain.

Alif Satar dipuji hero, ‘back up’ Sherry

Sekali lagi tindakan pantas Alif Satar yang mengawal keadaan bertindak melindungi rakan pengacaranya itu dipuji netizen. Ramai yang berkata dia ibarat hero yang menyelamatkan situasi agar tidak berlarutan. Memang seorang lelaki budiman.

Budaya ‘body shaming’ ini sepatutnya tidak wujud. Orang yang dipersendakan itu boleh menghadapi kemurungan yang melampau apatah lagi jika dimalukan di khalayak ramai. Benar kata netizen, dah boleh rasanya berhenti untuk membuat lawak berkaitan fizikal seseorang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Beautifulnara

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.