“Tajul Tayang Wajah Isteri Kali Pertama” Lepas Mengakv Suami Orang

Sejak semalam, industri hiburan mulai kecoh apabila teka-teki mengenai status sebenar penyanyi lelaki, Tajul Ariff atau Tajul terjawab apabila empunya badan mengakui hal tersebut.

Sudah berkahwin hampir dua tahun dengan Nurul Syamieza Eddie, 23, Tajul dijangka akan menimang cahaya mata pertama pada November depan selepas isterinya hamil 8 bulan ketika ini.

Gambar dengan isteri

Setelah pendedahan tersebut menjawab segala persoalan, akhirnya Tajul dengan yakin telah pun memuat naik gambar isteri buat pertama kalinya di IG story miliknya pagi tadi.

Isteri minta tidak dihebohkan

Dia yang telah dijemput ke stesen radio Hot FM dalam segmen Geng Pagi Hot juga menjelaskan bahawa status perkahwinannya sengaja dirahsiakan adalah atas kehendak isterinya sendiri yang tidak mahu privasi mereka diganggu.

Bernikah diusia muda

Bernikah pada usia 19 tahun, Tajul akui nekad menghalalkan hubungan dengan isteri ketika itu adalah demi keluarga tercinta.

Permintaan arwah bapa isteri

Bakal bergelar bapa diusia muda, Tajul menjelaskan pernikahan yang berlaku dua tahun lepas adalah permintaan daripada arwah bapa kepada isterinya yang mahukan Tajul menjadi suami kepada anaknya ketika mereka sedang bercinta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Hot FMTajul Ariff

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.