“Terima Anugerah Di Monte Carlo,” Neelofa Terus Harumkan Nama Malaysia

Neelofa, antara selebriti tanah air yang cukup berjaya dengan perniagaan dan kerjaya yang dimilikinya. Bijak membawa diri biar pun di usia masih muda, Neelofa terus menempa satu persatu kejayaan sehingga ke hari ini.

Bermula dengan lakonan, nama Neelofa semakin meningkat naik selepas memegang takhta Dewi Remaja. Wajahnya yang cantik, bakat dalam lakonan dan pengacaraan, Neelofa antara selebriti Malaysia yang mempunyai otak geliga.

Selepas sibuk dengan minggu fesyen di Paris dan Milan, Neelofa cukup berbangga membawa imej wanita bertudung yang turut mampu berfesyen setaraf antarabangsa.

Neelofa turut berkesempatan berkongsikan mengenai ‘modest fashion’ di satu temubual bersama Michael Kors.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Cukup membanggakan dan ternyata Neelofa cukup bijak dalam membawa diri sebagai seorang ikon!

Terbaru melalui akaun Instagram miliknya, dia berkongsikan berita gembira yang sekali lagi telah mengharumkan nama negara dengan namanya telah dicalonkan dan menerima anugerah ‘Influencer Awards Monaco’ di Monte Carlo.

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti, media dan peminatnya meninggalkan ucapan tahniah seperti berikut:

Ucapan tahniah dan pujian dari netizen

Rakan selebriti dan media turut ucap tahniah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @neelofa

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.