“Ingatkan Artis K-Pop,” Rupanya Bekas Peserta Astro Star Quest 2014

Sekali pandang, wajah juara pertandingan nyanyian Astro Star Quest 2014, Uriah See Khai ini nampak macam artis K-Pop!

Selepas lima tahun, Uriah See kini membuktikan dirinya bukan calang-calang penghibur dan sedang mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian, lakonan dan mencipta lagu.

Selebriti berusia 25 tahun ini kini bernaung di bawah pengurusan Idea Music Entertainment dan menjadi peserta pertama dari Malaysia yang menyertai pertandingan realiti popular di China, Opera Super Vocal Musim Kedua.

“Muzik klasikal adalah sesuatu yang amat saya minati dan saya ingin mencabar diri sejak kecil lagi. Apabila dipilih menyertai Super Vocal Musim Kedua, saya rasa amat terharu dan teruja.

“Tetapi dalam kegembiraan itu ada kesedihannya apabila saya mendapat tahu penggambaran program TV itu bercanggah dengan jadual rakaman album terbaru saya.

“Terus terang saya berada di dalam dilema. Saya tahu bukan senang nak dapat peluang ini, dan saya memilih untuk meneruskan cabaran di Opera Super Vocal,” katanya yang menunda tarikh rakaman albumnya.

Uriah berkata dia mengambil keputusan tersebut supaya tidak menyesal kemudian hari kerana peluang hanya datang sekali.

“Saya akan tetapkan tarikh lain untuk sipakan album baru itu nanti, selepas tamat penggambaran Opera Super Vocal,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Uriah juga telah dilamar sebagai pelakon drama bersiri popular di Singapura, Fried Rice Paradise.

Video pengenalan mengenai Uriah yang dimuat naik di Facebook produksi berjaya meraih tontonan sehingga 1.9 juta dalam tempoh dua bulan sahaja.

Ditanya sama ada beliau berasa tertekan membawa watak sebagai pelakon utama, jawab Uriah, tidak sama sekali.

“Saya sudah mencuba sedaya upaya untuk memberikan lakonan yang terbaik untuk mendalami watak Hennessy dan saya harap lakonan saya dapat puaskan hati semua orang,” katanya.

Tambah Uriah lagi dia berjanji akan terus mengembangkan bakat seninya hingga ke peringkat antarabangsa dan sekali gus mengharumkan nama negara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.