“Pelukis Patuh Syariiah Islam,” Ccatkan ‘Mata P0tret’ Elak Tanggvng D0sa Dipuja

Menjadi seorang pelukis bukanlah sesuatu yang mudah kerana tanpa bakat yang sedia ada, sudah tentu hasil lukisan kurang menjadi dan kemas.

Lukisan tular karya anak tempatan

Sebelum ini pernah tular beberapa lukisan mural yang dilorekkan di dinding-dinding bangunan dengan wajah individu tempatan. Antaranya ialah lukisan seorang penjual roti dan juga pemain bola sepak negara suatu ketika dulu, Hassan Sani.

Cacatkan mata setiap potret

Disebalik lukisan viral tersebut, berdirinya seorang pelukis muda iaitu Mohd Amir Andhar Abu Samah yang melorekkan lukisan berseni itu di dinding bangunan.

Namun begitu, jika diamati dengan lebih dekat, setiap lukisan yang dilukis pasti terdapat sedikit ‘kecacatan’ di bahagian mata potret tersebut. Ia seakan trademark kepadanya untuk setiap hasil karya yang dibuat.

Takut jatuh dosa jika dipuja

Menurut Mohd Amir atau lebih dikenali sebagai Andharas menerusi Mstar Online, dia berbuat demikian kerana ingin mematuhi syariah Islam yang melarang lukisan potret seakan-akan hidup.

Sebagai seorang Muslim, Andharas juga takut jika lukisannya akan menjadi pujaan hingga jatuh kepada dosa kerana kelihatan hidup.

“Seboleh-bolehnya dalam berkarya juga saya mahu mengikut seni di dalam Islam itu kerana tidak mahu apa dilakukan jatuh sebagai dosa.”

Terdahulu, Andharas, 26 yang juga seorang graduan Ijazah Muda Seni Halus dari UiTM telah melukis mural memaparkan wajah seorang penjual roti yang terkenal di Balik Pulau dan lagenda bola sepak Malaysia, Hassan Sani di dinding bangunan.

Mural tersebut telah viral di media sosial dan membuatkan ramai kagum dengan hasil tangan anak muda tempatan yang karyanya setanding pelukis antarabangsa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Mstar OnlineMohd Amir

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.