“Sedih Pergi Majlis Kahwin Bekas Kekasih,” Pemuda Ini Kentalkan Hati Jabat Tangan Pengantin Lelaki

Bercinta bertahun lama, rupa-rupanya sekali bukan jodoh. Itulah lumrah berkasih, belum tentu lagi teman lelaki atau teman wanita itu adalah pasangan kita.

Begitulah juga dengan kisah seorang pemuda, apabila gelagat yang menghadiri majlis perkahwinan bekas teman wanita telah dirakam sebelum dimuat naik ke Twitter oleh seorang pengguna bernama, @theroutinesya.

Sedih ex dah kahwin…

Boleh dilihat daripada raut wajah pemuda tersebut bagaikan menahan gelora yang berada di jiwa, apabila melihat bekas teman wanitanya dan pasangannya semakin menghampiri, pemuda itu lalu berjabat tangan si suami bekas kekasih.

https://twitter.com/theroutinesya/status/1180371105921454081

Malah, suami kepada bekas teman wanitanya itu juga kelihatan sempat memberi reaksi dengan senyum dan mengangkat tangan simbol ‘peace’ selepas perasan dirinya dirakam.

Hanya yang pernah melalui akan faham

Gelagat lelaki tersebut mula mendapat perhatian netizen, ada yang kagum dengan ketabahan hatinya pergi juga ke majlis bekas kekasih dan ada juga seperti tidak menyarankan pergi jika ia mengganggu emosi.

Tak payah datang kalau nak panas hati

Jangan risau, ko lagi hensem dari semua

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : theroutinesya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.