Kehilangan orang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita terima. Walaupun sedar tentang qada’ dan qadar Allah S.W.T, kesan daripada pemergiaan insan yang rapat semestinya memberikan sedikit luka dalam diri setiap individu.
Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Kak Love ataupun nama sebenarnya Syazreeyana Shukri, dia telah menceritakan sedikit pengalaman sedih apabila kehilangan ibu tercinta akibat kanser.
Kongsi kisah ibu melawan kanser
Ketika itu, dia masih lagi bergelar pelajar perubatan namun berhenti melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut walaupun sudah berada di tahun akhir pengajian kerana terkenangkan arwah ibunya.
Kak Love telah berkongsi kisah bermulanya perjalanan ibu tercinta menjalani kehidupan sebagai seorang pesakit kanser paru-paru sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mama i meninggal tahun 2008. Masa tu umur dia 46 tahun. Adenocarcinoma atau LUNG CANCER yang biasa jadi pada non-smoker. I was DEPRESSED for a year after the loss. I nak share apa yang jadi dari awal detect cancer sampai dia meninggal 😢
THREAD
— SHAZREEYANA🍍MAK NENAS DOK RUMAH 🍍 (@shazreeyana) October 5, 2019
Sepatutnya mama sambung master dekat Ausie
Menurut Kak Love, ibunya mendapat tawaran belajar peringkat Sarjana dan memerlukan dia melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum berangkat kel Australia. Namun begitu, semasa pemeriksaan tersebut, ada sesuatu yang tidak kena di bahagian paru-paru.
Mama disahkan ada kanser
Sentiasa positif
Namun begitu, ibu Kak Love sangat positif dan berjuang habis-habisan untuk melawan kanser. Fizikalnya seolah-olah tidak mengalami sebarang kesakitan. Dia juga melakukan setiap rawatan dengan bersungguh-sungguh.
Ketika birthday adik, mama tiba2 tak boleh bergerak
Doktor tak bagi beritahu mama
Sebenarnya, sel kanser sudah pun merebak ke bahagian tulang belakang mama kepada Kak Love. Walau bagaimanapun, doktor menasihati agar ahli keluarga tidak memberitahu pesakit supaya dia terus positif meneruskan kehidupan.
Tiba-tiba mama sesak nafas
Mama pesan supaya jangan takut & jaga adik2
Mengalami kemurungan
Selepas pemergian ibunya, Kak Love memberitahu dia mengalami kemurungan yang teruk sehingga terpaksa berjumpa dengan kaunselor untuk menangani masalah itu. Namun, akhirnya dia sedar bahawa dia perlu bangkit demi adik-adik serta keluarga.
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Perkongsian tersebut benar-benar menyentuh hati warganet akan ketabahan ibu pengguna Twitter itu melawan kanser. Rata-rata daripada mereka mendoakan agar Kak Love terus kuat dan roh ibunya terus dicucuri rahmat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber : Syazreeyana
PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.