“Tolonglah, Saya Tak Campur Hal Datin-Datin” Uqasha Senrose

Pasti ramai tahu Datin Paduka Eina Azman dan Datin Rebecca Nur Islam sebelum ini bersahabat baik. Kemudian, timbul dakwaan mengatakan mereka berdua bergaduh beberapa tahun lalu.

Namun, baru-baru ini kecoh apabila Uqasha Senrose dituduh cuba menggoda suami Rebecca. Akui terkejut dengan dakwaan liar itu, Uqasha menganggap tuduhan itu sangat mengarut. Malah, ujarnya lagi dia tidak masuk campur hal dua pelakon berstatus VIP itu.

Dalam pada itu, Uqasha berkata meskipun dia sudah mengambil langkah berhati-hati setiap kali berkawan dengan rakan artis, namun kontroversi tetap terpalit dirinya.

“Saya pun terkejut macam mana boleh timbul isu saya cuba goda suami Rebecca? Tolonglah, saya tak campur lah hal datin-datin.

“Saya sedar kalau terlalu rapat dengan sesama artis pun, kita tak tahu sejauh mana keikhlasan dan kejujuran mereka dalam bersahabat. Saya tengok ramai saja yang suka cakap-cakap belakang. Sebab itulah saya takut nak berkawan rapat,” katanya kepada Utusan Online.

Katanya lagi, bukan tidak mahu langsung berkawan dengan rakan artis tetapi dia perlu meletakkan had agar tiada perkara buruk terjadi. Menurut Uqasha lagi, dia lebih selesa dengan keluarga dan adik-beradiknya sahaja.

“Nak percaya pada siapa? Lepas tu bergaduh, kemudian kongsikan dalam media sosial.

“Perlukah kita stres dengan masalah orang lain? Itu sebab saya cuma rapat dengan keluarga dan adik-beradik saya sahaja. Sekurang-kurangnya mereka ini ah yang tahu dan terima baik buruk kita,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.