“Ada masa Bahasa Malaysia saya kurang betul” Raja Permaisuri Ag0ng Akui Kalau Cakap ‘English’ Tak Betul

Sejak akhir-akhir ni, kecoh di media sosial isu pelakon terkenal Malaysia, Maya Karin menegur masalah pelajar di pedalaman Malaysia yang tak pandai berbahasa Inggeris.

Namun lain pula dengan Raja Permaisuri Agong kita, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mengakui baginda sebenarnya tidak fasih berbahasa Inggeris di Twitter. 

“Kalau Bahasa Inggeris saya tidak betul… saya tidak malu kerana…” 

Menurut Tunku Azizah, baginda mengakui kadangkala Bahasa Malaysia yang digunakannya tidak betul (salah ejaan atau kata) hingga membuatkannya malu.

Namun kalau baginda salah dalam menggunakan Bahasa Inggeris, baginda tidak malu kerana ia bukanlah bahasa ibundanya. Ada betul juga kan?? 

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1181461545005379584

“Semua orang ada buat salah dan silap… Daripada kesilapan tu kita akan improve bahasa kita. Keep Calm Tuanku” 

Posting yang mendapat 13.2K retweet ni mendapat pujian daripada netizen ramai dan kebanyakannya mengakui tuanku tidak perlu takut dalam membuat kesalahan. Biasalah kalau tersasul dan silap grammar tu kan. Boleh improved tu… 

“Ampun tuanku. Lepas ayat, kita hanya perlu guna satu titik sahaja…” 

Lebih menarik Tunku Azizah juga menerima kritikan bagi Bahasa Malaysianya dengan tenang dan tak melatah. Waaa kalau kita bukan senang nak terima teguran orang kan?

Aii menyempat pulak netizen ni nak masuk line ye… hehehe

Apa-apapun min sokong benar dengan apa yang dikatakan Tunku Azizah ini. Tak salah kalau cakap English tak betul. Lama-lama mesti pandai kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.