“Customer Tak Percaya Saya Ada 1 Kaki” Rider Grab Food Sanggup Kerja 10 Jam Sehari Walaupun Kvdung Satu Kaki

Kurang upaya tak sepatutnya menjadi alasan untuk duduk mengharapkan bantuan orang lain. Korang pun mesti pernah dengar “tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima” kan?

Seorang rider Grab Food membuktikan yang kekurangan upaya tak menghalang dia dari mencari rezeki halal dan sekaligus tunjukkan dekat kita, tak ada apa pun yang mustahil.

Menurut Oriental Daily, seorang lelaki dari Singapura ini berusaha untuk survive lepas dia kehilangan sebelah kaki 12 tahun lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Syed ini terlibat dalam kemalangan kereta yang berlaku ketika dia berumur 13 tahun menyebabkan kecederaan parah pada kaki kanannya.

Selepas dari kemalangan itu, Syed tempang dan kakinya tak pernah sembuh sepenuhnya hinggalah pada 2012, kakinya terpaksa dipotong dari paha ke bawah selepas dijangkiti bakteria.

Walaupun tak ada sebelah kaki dan berpendidikan hanya setakat darjah 5, Syed tetap bersungguh-sungguh untuk mencari pekerjaan halal.

Kerana kelayakan pendidikan lelaki ini tak cukup tinggi, di usia 35 tahun, Syed membuat keputusan untuk bekerja sebagai rider Grab Food.

Lepas empat tahun dia belajar untuk menunggang skuter elektrik, Syed akhirnya mula bekerja sebagai penghantar makanan.

Selalunya customer yang order dari saya tak percaya saya ada satu kaki, walaupun saya dah cakap awal-awal.”

“Bila saya dah buat penghantaran dan dorang perasan saya kurang upaya, beberapa orang dari mereka akan minta maaf.”

Sekarang, Syed dah pun pakar menggunakan skuter elektrik dan boleh bekerja seperti riders yang lain di Singapura. Malah, pelanggan yang tahu dengan keadaan Syed juga akan selalu “menjaganya” dengan memberikan air dan berkeras untuk ambil makanan dari lobi apartment.

Biasanya, Syed akan bekerja dari 8 pagi hingga 2 petang sebelum dia berehat dan mula bekerja semula dari 6 petang hingga 10 malam. Dalam masa satu hari, Syed mampu dapat sebanyak 70SGD ke 80 SGD (RM210 – RM240) sehari dan mampu hidup sendiri tanpa bantuan orang lain.

Saya nak kerja keras untuk jaga keperluan keluarga saya. Saya juga sarankan orang yang ada kekurangan fizikal untuk cuba jadi rider macam saya juga.”

Harapnya cerita macam Syed ni dapat bagi kita inspirasi untuk kerja lebih kuat lagi. Kalau dia boleh buat, apa alasan kita?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.