“Hari Ni Adik B0ngsu K0nvo,” 3 Hari Lepas Abah Aku Telah Pergi Tinggalkan Kami

Kehadiran orang tersayang semasa hari istimewa kita sudah tentu menceriakan lagi suasana. Namun, bukan setiap insan berpeluang merasai kegembiraan tersebut.

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai  Muslimawang, dia telah memuat naik beberapa screeshoot status WhatApps adik bongsunya yang mencoretkan sedikit perjalanan mereka adik-beradik bersama arwah bapa.

Abah meninggal 3 hari sebelum adik konvo

Gambar-gambar memperlihatkan adik-beradik pemuda itu menghadiri majlis graduasi bergambar bersama bapa dan keluarga mencetuskan rasa hiba warganet.

Abah tak ada dalam gambar konvo

Namun begitu, semasa 3 hari lagi adik bongsunya ingin bergraduasi, bapa tercinta telah menghadap Illahi. Perkara tersebut benar-benar membuatkan status tersebut berasa sayu kerana tiada gambar bapa mereka di majlis graduasi yang tidak mereka hadiri.

Sempat tengok aku nikah

Tambah Awang lagi, bapanya mulai jatuh sakit selepas menghadiri majlis akad nikahnya sebelum pulang ke rumah di Kelantan memandangkan majlis nikah dibuat di Mersing.

Puisi untuk abah

Ingin merawat hatinya yang duka apabila terkenangkan pemergian bapa tersayang, Muslimawang telah memuat naik bebapa puisi yang ditulis untuk bapanya kerana dia begitu rapat dengan individu tersebut.

8 beradik uruskan sendiri jenazah bapa

Walau bagaimanapun, pemuda itu masih bersyukur kerana mereka 8 beradik telah bertungkus-lumus menguruskan jenazah bapa mereka dari memandikan sehingga dibawa masuk ke liang lahad.

Salam takziah atas kehilangan

Perkongsian yang dibuat oleh pemuda itu benar-benar merobek hati setiap warganet yng membaca kisah tersebut. Kasih-sayang yang tidak berbelah-bahagi daripada seorang anak kepada bapa mereka sememangnya meruntun jiwa.

Mereka juga sempat mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mengucapkan takziah diatas pemergian bapa tersayang.

Arwah bapa mesti bangga dengan kalian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Muslimawang

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.