“Kvrus Sebab Tidur Lewat Dan Jaga Anak” Akim Ahmad Nafii Salah Guna D*dah

Penyanyi Akim Ahmad menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan s0sok badannya yang semakin kurus disebabkan penyalahgunaan d4dah.

Jelas Akim, fizikal tubuhnya mer0sot ekoran kurang rehat dan terlalu sibuk membesarkan anak-anaknya yang masih kecil.

“Kita ada keluarga, jadi perlu jaga aib keluarga dan anak-anak. Tuduhan itu membuatkan saya rasa sakit hati juga.

“Saya kurus sebab menjaga anak, tidur lewat malam sebab nak cari ilham lagu baru dan perancangan karier.

“Selepas itu saya perlu bangun awal pagi untuk menguruskan anak-anak. Secara tak langsung fizikal pun mer0sot.

“Kadang-kadang makan pun terlepas sebab asyik nak suap anak,” jelas Akim.

Tidak menyalahkan netizen dengan anggapan sedemikian, tambah Akim dia sudah sedia maklum dengan persepsi masyarakat tentang isu d4dah dan kaitannya dengan g0longan artis.

“Isu d4dah sering dikaitkan dengan muzik. Bagi saya nak bermain muzik tak semestinya ada d4dah.

“Orang berprasangka sedemikian daripada dulu lagi dan ia berkait sampai sekarang. Cara kami (pemuzik) membuat persembahan di pentas itu seolah-olah ada kaitannya dengan d4dah.

“Hakikatnya tiada speslfik individu pun yang terpalit dengan d4dah. Ia sebahagian daripada mentaliti masyarakat sebenarnya,” tambah Akim lagi.

Akim yang mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Stacy Anam pada Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan Eshaal,2. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 7 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.