“Semua Orang Ada Masalah, Sedih Tiada Dalam Kamus Hidup Saya” Natasha Hudson

Pelakon Natasha Hudson menghargai segelintir pihak yang mengambil berat tentang dirinya sejak kebelakangan ini.

Menurut Natasha, keadaannya kini baik-baik sahaja dan tidak lagi bersedih dengan dugaan yang menimpanya sebelum ini.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan para pengikut.

“Saya hargai anda yang mengambil berat, keadaan saya baik-baik sahaja, saya memilih untuk menamatkan segala toksik dalam hidup saya.

“Perkara ini mungkin baru didengar, tetapi saya dah ‘move on’, saya juga gembira kerana saya tidak bersedih, sedih tiada dalam kamus hidup saya sekarang.

“Saya sayang anda semua, mari berdoa untuk kebaikan kita sesama sendiri, semua orang ada masalah dan tiada juga yang boleh menjadi sempurna dan betul-betul silap pada masa yang sama,” tulisnya sebagai kapsyen.

Baru-baru ini, Natsha telah mengesahkan perceraiannya bersama bekas suami, Noor Nashriq Sekanor selepas setahun bergelar suami isteri.

Namun setakat ini, Natasha masih belum mendedahkan tarikh perceraian itu dan menganggapnya sebagai ketentuan Illahi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.