Beberapa hari lalu suami kepada Sazzy Falak, Nazril Idrus terlibat dalam kemalangan teruk ketika mengayuh basikal.
Akibat daripada insiden malang itu, Nazril patah tulang selangka dan retak tulang rusuk.
Terbaru, menerusi Instagram Story (IG Story) terbaru Sazzy, dia berkongsi berita menyedihkan apabila kedua-dua anak perempuannya masih tidak berpeluang untuk berjumpa suaminya itu.
Menerusi rakaman panggilan video antara mereka anak beranak, Sazzy menjelaskan Lily Imaan dan Tiara Rose tidak dibenarkan melawat bapanya disebabkan masih di bawah umur.
“Kesian Tiara sedih tak dapat jumpa bapa mereka sebab umur. Kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan,” katanya.
Difahamkan, Nazry akan berada di hospital beberapa hari untuk pantauan doktor.
Imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati paru-paru Nazril dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan dan tulang rusuknya akan baik sendiri tetapi memerlukan masa.
Untuk rekod, Sazzy atau nama penuhnya Sazlini Shamsul Falak berkahwin dengan Nazril Idrus pada 2006. Pasangan ini dikurniakan bayi kembar perempuan yang bernama Lily Imaan dan Tiara Rose.
Kami mendoakan supaya Nazril cepat sembuh dan dibenarkan pulang daripada hospital!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber : Instagram @sazzyfalak
PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.