“Terpaksa Jual Cincin Kahwin Bayar Bil Perubatan” Rihana Oksana

Nampaknya isu mengenai rumah tangga bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana dengan Sultan Muhammad V masih belum berkesudahan lagi. Terbaru, Rihana memberitahu dia terpaksa menjual cincin kahwinnya bernilai £ 203,000 (RM1juta).

Menurutnya, dia sangat terdesak dan memerlukan wang selepas ditinggalkan ketika sedang hamil 4 bulan. Ujarnya lagi, wang tersebut digunakan untuk menampung bil perubatannya di Switzerland dan mendedahkan hampir kehilangan anaknya berikutan Leon berdepan beberapa komplikasi ketika dalam kandungan.

Daily Mail malaporkan, Rihana mendakwa dia terpaksa menjual cincin rekaan Jacob Arabo iaitu sama seperti dipakai oleh Victoria Beckham tiga kali kurang daripada nilai asalnya.

“Saya tidak akan menyatakan harga saya menjualnya, tetapi ia adalah tiga kali kurang daripada kosnya,” katanya.

Terdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya sudah tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu. Rihana turut mendakwa baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya.

Minggu lalu, The Sun UK melaporkan Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.