“Bi0data Alif Satar,” Selebriti Serba Boleh

Berlakon, mengacara dan menyanyi antara kebolehan insan bernama Alif Satar. Seorang yang disegani dalam industri hiburan tanah air, figura ini sering meraih perhatian ramai dengan bakatnya.

Biodata

NAMA PENUH: Muhammad Alif bin Mohd Satar

NAMA POPULAR: Alif Satar

TARIKH LAHIR: 19 September 1990

ASAL: Kuala Lumpur

UMUR: 29 Tahun

INSTAGRAM: Alifsatar

Kerjaya Nyanyian

Memulakan karier seninya selepas menang tempat ketiga dalam program realiti TV, One In A Million musim pertama, nama Alif Satar semakin dikenali sejak itu.

Untuk info, dalam program itu juga Suki menjadi juara dan naib juara disandang oleh Faizal Tahir. Malah Alyah, Dayang Nurfaizah, Farah Asyikin turut lahir dari program yang sama. Memang hebat saingan ketika itu.

Selesa mendendangkan lagu dari genre pop, Alif Satar cukup popular dengan lagu seperti Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Selamanya Cinta duet bersama Shila Amzah, Sebenarnya duet bersama Siti Nordiana dan banyak lagi.

Setakat ini Alif Satar pernah ‘melahirkan’ tiga album iaitu Nakal pada tahun 2009, Lelaki Seperti Aku pada 2011 dan pada 2013, Definisi.

Kerjaya Lakonan

Seawal usianya 14 tahun Alif Satar sudah mula berlakon dalam teater muzikal Peter Pan The Lost Boys di bawah produksi West End London.

Lakonan dalam drama pula adalah sebagai Rudy menerusi drama Suria di Cardoba pada 2011. Sebelum itu dia memegang watak Amir dalam Dendam. Antara drama lain yang membuka mata ramai peminatnya adalah Dia Semanis Honey sebagai Ahnaf Wafiy, drama Klik! Pengantin Musim Salju sebagai Adam Putra dan banyak lagi.

Selain itu Alif Satar juga turut berlakon dalam filem Aku Masih Dara, Usin UFO dan Aliff Dalam 7 Dimensi.

Kerjaya Pengacaraan

Bakatnya dalam mengendalikan acara membuatkan dirinya sebagai pengacara turut disenangi ramai. Antara rancangan yang pernah memberikan kepercayaan kepadanya adalah Idola Kecil, Nak Ke Mana Kita? musim ke-2 dan banyak lagi. Terbaru Alif Satar baru selesai dengan rancangan Big Stage musim ke-2.

Foto terkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.