“Bila Giliran Fikry Ibrahim Ambil Ijazah,” Bergema Satu Dewan Dengan Tepukan Gemuruh

Siapa tidak kenal dengan pelakon kacak Fikry Ibrahim, yang sering kali kita lihat bergandingan dengan pelakon jelita, Farah Nabilah di kaca televisyen.

Bergelar sebagai pelakon, Fikry juga merupakan graduan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, yang baru-baru ini selesai menghadiri konvokesyen.

Fikry Ibrahim curi tumpuan di pentas konvo

Menerusi muat naik foto di IG, dengan ucapan yang ringkas, Fikry sempat menzahirkan ucapan terima kasih buat keluarga, rakan-rakan dan paran pendidik yang selama ini telah banyak memberi sokongan.

Bergema satu dewan bila artis ambil ijazah

Membawa status sebagai selebriti, sudah pastinya kelibat Fikry mencuri tumpuan. Menerusi video yang dikongsikan oleh kelab peminatnya, dapat dilihat satu dewa bergema dengan tepukan gemuruh apabila tiba giliran Fikry mengambil ijazah.

Tahniah bro!

Turut berbangga dengan kejayaan pelakon tersebut menamatkan pengajiannya, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @fikryibrahim

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.