“Dengan Masa Yang Tinggal Ini Akan Digunakan Sebaik Mungkin,” Adira Fail Ceral, Datuk Red Cuba Selamatkan Perkahwinan Demi Anak

Berkongsi sekeping foto selepas pulang daripada mahkamah, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red meluahkan kesyukuran kerana masih berpeluang menyelamatkan perkahwinan keduanya.

Allhamdullilah maseh d beri peluang…manusia begelar hamba mmg tak lari dri melakukan kesilapan.kealpaan duniawi.membuat sya lupa dan lalai.

“dengan masa yg tingal ini akn d gunakan sebaik mungkin tuk menyelamat kn perkara halal yg d benci Allah SWT…inshaAllah demi anak2 ku terchinta… #gambarpulangdarimahkamah,” tulisnya.

Terdahulu, Adira Suhaimi mengesahkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Daerah Gombak dan perbicaraan kes berjalan kira-kira petang Rabu.

Datuk Red bagaimanapun sebelum ini mendakwa dirinya tidak mengetahui isterinya itu telah memfailkan perceraian.

Untuk rekod, keduanya telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @dato.red

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.