Gambar sekitar 800 pekerja Utusan kosongkan pejabat cetus hiba

Semalam merupakan hari terakhir bagi 800 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad menamatkan perkhidmatan setelah syarikat akhbar itu beroperasi sejak 80 tahun dahulu.

Penutupan itu adalah disebabkan kebankrapan sukarela syarikat itu setelah gagal menjual aset dalam tempoh beberapa minggu lalu. Akibat perkara tersebut, kakitangan terpaksa mengosongkan meja masing-masing.

Koleksi gambar di sekitar pengosongan pejabat dimuat naik di laman media sosial yang ternyata mencetuskan perasaan hiba dan suram. Berikut antara momen yang dikongsi oleh beberapa jurugambar.

Kumpulan Utusan yang menerbitkan Utusan Malaysia dan Kosmo! berdepan masalah kewangan kritikal sejak beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan tunggakan gaji kakitangan dan bekas kakitangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Harian Metro , Bernama

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.