“Sedih Masih Ada Tapi Tak Boleh Tvnjuk Dekat Orang” Mawar Karim

Mahligai perkahwinan yang dibina selama enam tahun bersama Fizo Omar gagal diselamatkan selepas disahkan bercerai pada Julai lalu, Mawar Karim kini lebih positif dan memilih untuk tidak membaca komen netizen di media sosial.

Mahu kembali bangkit dan move on dari kisahnya terdahulu, Mawar berkata dia tidak berani untuk membaca komen di media sosial bimbang emosinya terganggu. Ujarnya lagi, sebagai manusia kita ada kelemahan dan dia memohon kekuatan daripada Allah.

“Sejujurnya saya tidak bernai baca komen-komen sebab takut emosi terganggu, tak boleh kerja. Jadi untuk saya move on, saya pilih untuk jangan baca. Apa yang saya lalui saya kena positif, bahkan saya ada minta rujukan daripada Prof Muhaya, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Datuk Mashitah.

“Macam saya, kekuatan tu saya dapat melalui Allah. Saya kena minta dan mohon dengan Allah. Saya tahu saya ada kelemahan. Sebagai orang bereniaga, saya tak boleh tunjuk wajah sedih. Kita kena panda ke hadapan dan hadapi semua ini,” katanya kepada Nona.

Akui masih bersedih di atas apa yang berlaku, namun Mawar berkata dia tidak mahu menunjukkan kesedihan itu pada orang sekelilingnya. Jelasnya lagi, apa paling penting adalah kebahagiaan anaknya, Maryam.

“Saya tak tunjuk sedih dekat orang. Family sendiri pun tidak, Maryamlah bahu untuk saya menangis. Memang dekat Maryam je. Sejak dalam perut hingga keluar. Sedih tu memang ada tapi kita tak boleh tunjuk dekat orang.

“Walau apa pun saya akan pastikan kasih sayang kami sebagai bapa dan mak kepada Maryam tak berkurang,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.