“Sentiasa Terbaik Di Hati Saya” Sweetnya Ucapan Afgan Buat Hari Lahir Rossa

Penyanyi popular Indonesia, Afgan menulis ucapan manis buat hari lahir teman rapatnya, Rossa. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.

“Selamat hari lahir kepada insan yang sentiasa ada bersama saya ketika susah senang, saya berjanji akan lakukan perkara yang sama buat awak.

“Awak sentiasa terbaik di hati saya,” tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan selamat hari lahir kepada pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu.

Malah, ramai juga yang terpegun melihat foto ‘sweet’ mereka berdua yang dikongsi di entri tersebut.

Pada masa yang sama, Rossa juga memuat naik semula (repost) beberapa ucapan dari kenalan dan peminatnya di ruangan IG Story.

Afgan dan Rossa sering dikaitkan dengan gosip bercinta, namun mereka tidak pernah tampil memberi sebarang kenyataan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @afgansyah_reza

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.