“Bagi Hint, Sekali Nampak Hadiah Dah Sampai Depan Rumah” Black Teruja Dapat Motosikal Daripada Isteri

Penyanyi Black Hanifah bersyukur apabila isterinya menghadiahkan sebuah motosikal bersempena minatnya terhadap sukan lasak itu.

Menurut Black, dia tidak menyangka bayangan yang diberikan untuk memiliki sebuah motorsikal lasak jenis Husqvarna 250 dipenuhi isterinya.

“Masa saya tengah buat rakaman program Mentor, tiba-tiba dia muat naik foto motosikal tersebut di Instagram. Dalam foto tu, motosikal tu dah ada di perkarangan rumah.

“Rupanya masa saya tidur, dia ambil telefon saya dan tengok dengan siapa saya deal untuk motosikal tu. Jadi dia deal dengan orang tu dan beri kejutan,” ujar Black.

Black ditemui ketika majlis sidang media NSO Plays Epic Screen Themes in Concert yang bertempat di Istana Budaya pada Selasa.

Tambah Black lagi, selain sukan bola sepak, minatnya terhadap sukan motosikal lasak sudah bermula sejak dia berumur 11 tahun lagi.

“Saya aktif main motocross ni sejak tiga tahun lepas bila nampak Achey main.

“Dulu isteri melarang saya menyertai sukan lasak lepas mengalami kemalangan. Tapi lepas dah baik tu, dia pula yang tanya saya bila nak mula main motocross lagi.

“Sekarang saya banyak berlatih untuk menyertai perlumbaan motosikal lasak di Kemaman International Race Challenge pada 19 dan 20 Oktober ni,” tambah Black lagi.

Sedikit perkembangan terbaru, Black akan bergandingan dengan penyanyi Liza Hanim dan Sean Ghazi menerusi sebuah konsert orkestra NSO Plays Epic Screen Themes in Concert yang akan diadakan pada 1 dan 2 November ini di Istana Budaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @black.hanifah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.