“Kami Tetap H0rmat Pandangan Otai-Otai” Fad Bocey Jawab Isu DJ Buat Lawak Gelak Sendiri

Macam dah jadi trend pulak kan bila kebanyakan stesen radio kini mengambil pelawak-pelawak terkenal tanah air sebagai salah seorang dj mereka.

Macam biasa lah tujuan mengambil pelawak-pelawak tersebut mestilah untuk menghiburkan para pendengar. Ye tak ye, betul juga

Tapi kebelakangan ni timbul pula isu di mana dj radio yang membuat lawak dan kemudian mereka sendiri yang gelak. Hmm, betul ke?

Kami sempat menemubual Fad Bocey yang juga merupakan dj radio di stesen Era mengenai isu ini.

“Kami menghormati apa sahaja persepsi otai-otai dalam bidang pengacaraan radio, tidak sesekali kami menidakkan pandangan mereka namun dalam pada masa sama kami minta diberi ruang untuk memacu dunia pengacaraan dalam dunia dan zaman yang baru ini.

“Ramai orang kata penyampaian radio oleh golongan pelawak banyak yang tak kena, tapi itulah diri kami yang sebenar. Kami kena ikhlas dan jujur, barulah pendengar dapat tangkap apa yang kami cuba sampaikan,”

Fad turut meminta supaya golongan penyampai radio kini boleh diterima oleh orang ramai dan perlu di beri ruang untuk terus belajar dan memberikan yang terbaik.

Namun, Fad yang merupakan generasi baharu dalam bidang ini berkata beliau menerima teguran yang diberikan oleh penyampai senior secara terbuka dan turut menerima pandangan-pandangan orang lama.

Bagus lah kalau macam tu, admin harap semua baik-baik je.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.